Kepatuhan Terhadap SOP Kunci Utama Memerangi COVID-19

RABU, 21 JULAI 2021

KUCHING: Kepatuhan semua rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) adalah kunci utama dalam memerangi penularan COVID-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, dalam pendekatan ke arah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tahap pematuhan kepada SOP amat penting bagi dalam usaha kita beralih ke fasa seterusnya.

Dalam perutusan Hari Sarawak pada Rabu, beliau memberitahu, mereka yang belum mendaftar untuk menerima vaksin perlu segera berbuat demikian dalam usaha kerajaan mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang Ogos depan.

Justeru, beliau menegaskan semua rakyat Sarawak sentiasa menggunakan pelitup muka berganda dan mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang masa.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengucapkan Selamat Hari Sarawak pada tahun depan bagi memperingati sumbangan dan jasa pemimpin terdahulu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment