MDLA Anjur Program Pantri Komuniti Sempena Hari Sarawak 2021

RABU, 21 JULAI 2021

LUBOK ANTU: Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) pada Rabu telah mengadakan Program Pantri Komuniti sempena Hari Sarawak 2021.

Menerusi program tersebut, seramai 200 orang komuniti setempat telah menerima sumbangan bakul minuman secara pandu lalu.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu selaku Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu, Richard Ngumbang.

Di samping itu pihak penganjur menyeru orang awam agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment