Ops Bantu Fasa II Serah Bantuan Makanan Kepada 38 KIR Di Mukah

RABU, 21 JULAI 2021

MUKAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menyerahkan bantuan makanan menerusi Ops Bantu Fasa II kepada 38 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Mukah pada Isnin.

Bantuan tersebut untuk membantu keluarga yang terputus bekalan makanan susulan dikenakan perintah kuarantin, dibuang kerja atau tidak bekerja termasuk ibu tunggal yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Penerima bantuan melibatkan empat buah kampung dan sebuah rumah panjang iaitu penduduk Rumah Lenson Ulu Sungai Pandai, Sebakong (9 KIR), Kampung Sesok Baru (1 KIR), Kampung Tellian Laut (2 KIR), Kampung Sungai Alo (10 KIR) dan Kampung Litong (16 KIR).

Program Ops Bantu tersebut diketuai oleh Skuad Aman Wanita (AMANITA) di bawah pihak PDRM termasuk pegawai dan anggota RELA Mukah. –EDISI UKAS

Share
0

add comment