Pemberian Vaksin COVID-19 Kini Secara ‘Walk In’ Di PPV Dewan Sukan BDA Bintulu

RABU, 21 JULAI 2021

BINTULU: Orang ramai di Bintulu yang layak menerima vaksin COVID-19 tetapi belum sempat mendaftar kini boleh mendapatakn suntikan vaksin secara ‘walk in’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggie berkata, mereka boleh hadir dan mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan BDA Bintulu. 

“Saya menyeru penduduk yang tinggal di Bintulu dan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk segera hadir ke PPV Dewan Sukan BDA Kidurong. 

“Kini PPV tersebut boleh menerima orang ramai yang belum mendaftar secara ‘walk in’,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan sumbangan hasil tani menerusi Program Peladang Prihatin di PPV Dewan Sukan BDA Kidurong pada Isnin. 

Berdasarkan rekod sebanyak 80 peratus penduduk yang layak telah menerima dos pertama Vaksin COVID-19 di Bintulu, manakala bagi yang telah melengkapkan dos kedua adalah sebanyak 40 peratus.

Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Anggang Jimbun. -EDISI UKAS

Share
0

add comment