Penduduk Mengadakan Gotong-Royong Bersihkan Pekan Long Lama

RABU, 21 JULAI 2021

LONG LAMA: Akibat banjir yang berlaku minggu lepas, penduduk telah melakukan gotong-royong bagi membersihkan Pekan Long Lama pada Selasa. 

Mereka menggunakan dua buah enjin pam air milik Persatuan Bomba Sukarela Long Lama bagi membersihkan perkarangan kedai Long Lama. 

Ini selepas banjir, perkarangan kedai di Pekan Long Lama berdebu disebabkan banjir.

Kejadian banjir itu merupakan yang kedua berlaku dalam tempoh kurang dua bulan setelah banjir pertama melanda pada Mei lepas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment