Petugas PPV Dewan Masyarakat Gedong Terima Sumbangan Hasil Tani Sempena Program Peladang Prihatin Sarawak

RABU, 21 JULAI 2021

GEDONG : Para petugas di  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gedong telah menerima sumbangan makanan berupa hasil tani bersempena Program Peladang Prihatin Sarawak.

Sumbangan daripada Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan dan Simunjan bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Simunjan itu disampaikan secara simbolik oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais, pada Isnin.

Dalam pada itu, Datuk Mohd Naroden juga berkesempatan meninjau proses pemberian vaksin di PPV berkenaan dan berpuas hati dengan kelancaran program tersebut, yang sangat teratur dan terkawal. -EDISI UKAS

Share
0

add comment