Tiga Kampung Di Kawasan DUN Opar Jalani PKPD, Terima Bantuan Makanan Segar

RABU, 21 JULAI 2021

LUNDU : Sebanyak tiga buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar telah menerima bantuan bekalan makanan segar sumbangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar, pada Selasa.

Antara penerima terdiri daripada 100 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu serta 65 (KIR) di Kampung Pasir Hilir.

Penyerahan sumbangan berupa daging ayam dan sayur-sayuran tersebut disempurnakan di rumah Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Hilir, Samad Abdullah dan di Bilik Gerakan Operasi Kendaie.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Opar, Niponi Undek, bantuan berkenaan adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung-kampung tersebut.

Turut serta, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Billy Sujang dan Setiausaha SUPP Opar, Sebastian Suin. – EDISI UKAS

Share
0

add comment