RELA Perkasa Operasi Patuh SOP Sekitar Pekan Sebuyau

KHAMIS, 22 JULAI 2021

SEBUYAU: Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) terus memperhebatkan penguatkuasaan pemantauan harian sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Pekan Sebuyau, pada Rabu.

Pemantauan bertujuan memastikan orang ramai termasuk premis-premis jualan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ia juga bagi membantu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk terus mengamalkan amalan norma baharu dalam usaha sama membendung wabak COVID-19. 

Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah kedai runcit, kawasan parkir kereta, kawasan kampung dan tempat awam.

Dalam masa yang sama, orang ramai juga terus dinasihati agar terus berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting bagi  mengurangkan risiko jangkitan.- EDISI UKAS

Share
0

add comment