367 Lagi Individu Terima Vaksin COVID-19 Di PPV Dewan Akademi Bomba

KHAMIS, 22 JULAI 2021

BAU : Seramai 367 individu lagi telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau, pada Khamis. 

Daripada jumlah tersebut, seramai 365 orang menerima suntikan dos pertama, manakala dua orang lagi telah melengkapkan dos suntikan kedua.

Rata-rata penerima vaksin terdiri daripada golongan lingkungan umur 18 tahun dan keatas.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 petang itu dilaksanakan dengan teratur dan lancar membabitkan seramai 52 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -EDISI UKAS

Share
0

add comment