418 Penduduk Jalani PKPD Hadir Dapatkan Ujian Calitan Kali Kedua

KHAMIS, 22 JULAI 2021

LUNDU : Seramai 418 individu terdiri daripada penduduk Kampung Kendaie, Kampung Bukit Batu dan Kampung Pasir Hilir yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah hadir mendapatkan ujian calitan pada Khamis.

Pengesanan Kes Aktif (ACD) yang bermula seawal jam 8 pagi sehingga 2 petang itu menyaksikan semua penduduk mendapatkan calitan untuk kali yang kedua. 

PKPD di Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu akan tamat pada 26 Julai 2021 manakala PKPD Kampung Pasir Hilir pula tamat pada 31 Julai 2021. -EDISI UKAS

Share
0

add comment