592 Pekerja Industri Divaksinasi Melalui PPVIN Bintulu Lumber Development

KHAMIS, 22 JULAI 2021

SIBU: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Bintulu Lumber Development telah memvaksinasi seramai 592 pekerja industri bagi dos pertama pada Rabu.

Program vaksinasi anjuran Bintulu Lumber Development Sdn. Bhd. dengan kerjasama Rejang Medical Centre Sibu itu melibatkan pekerja tempatan dan asing yang bekerja di ladang tersebut.

Kawasan tersebut dihubungkan dengan jalan sawit dan mempunyai liputan telekomunikasi yang lemah.

Keseluruhan proses berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Sandard (SOP) yang ditetapkan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment