Balai Raya Kampung Kiding Dijadikan Pusat Vaksinasi ‘Outreach’ Daerah Kecil Padawan

KHAMIS, 22 JULAI 2021

PADAWAN: Pejabat Kesihatan Bahagaian Kuching pada Rabu turun padang bagi meninjau keadaan dan keperluan balai raya Kampung Kiding yang akan dijadikan sebagai Pusat Vaksinasi ‘Outreach’ Daerah Kecil Padawan.

Balai raya kampung berkenaan akan dijadikan pusat pemberian vaksin kepada kira-kira seramai 120 orang penerima vaksin dos pertama pada Sabtu depan.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil juga dijangka turut membantu dalam proses vaksinasi kelak.

Usaha tersebut seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imunitu kelompok menjelang hujung Ogos ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment