Bicara Integriti dan Kemerdekaan Sempena Hari Sarawak

RABU, 21 JULAI 2021

KUCHING : Rakyat di negeri ini perlu menerapkan patriotisme, perpaduan dan integriti dalam diri masing-masing bagi memastikan “Sarawak gemilang untuk semua”, selari dengan tema Sambutan Hari Sarawak 2021.

Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, rakyat terutamanya golongan muda juga harus mengetahui, memahami dan menghayati sejarah perjuangan sebelum ini agar bebas dari penjajahan.

Demikian jelasnya ketika berucap bagi merasmikan Program Bicara Integriti dan Kemerdekaan serta Pelancaran Poster Kempen Banteras Rasuah, pada Rabu.

Program anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) bersama Jabatan Muzium Sarawak itu menitikberatkan perihal kepentingan berintegriti dalam memacu kemajuan negeri Sarawak. 

Hadir sama di program berkenaan, Pengarah UNION, Adana Jed dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak,Tazudin Mohtar.-EDISI UKAS

Share
0

add comment