Masjid Al Bugisiah Kampung Pelandok Disanitasi

KHAMIS, 22 JULAI 2021

ASAJAYA : Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Asajaya telah menjalankan proses sanitasi di Masjid Al Bugisiah Kampung Pelandok, Sadong Jaya, pada Rabu.

Kerja-Kerja sanitasi telah dilakukan di setiap sudut bangunan dengan kekuatan lima anggota, diketuai Ketua Operasi Bomba Daerah Asajaya, PBT ll Musli Salim.

Peralatan khas yang digunakan termasuklah satu Tangki Manual 16 Liter, satu tangki automatik 16 Liter, dua tyvex, tiga liter Cecair Sodium Hypochlorite dan alat-alat sanitasi asas yang lain. 

Proses sanitasi yang memakan masa kira-kira dua jam itu berjalan dengan baik dan lancar. -EDISI UKAS

Share
0

add comment