Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan Jalani Operasi Pemantauan Di Premis Makanan Kawasan Gedong

KHAMIS, 22 JULAI 2021

GEDONG : Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan telah melakukan operasi pemantauan ke premis makanan dan minuman di kawasan Kampung Gedong pada Khamis.

Operasi tersebut dilakukan bagi tujuan memastikan setiap gerai makanan dan minuman mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti menyediakan buku rekod, alat pengimbas suhu, pengimbas kod MySejahtera dan cecair pembersih tangan.

Di samping itu, turut diberi penumpuan adalah kepada aktiviti penjarakan sosial orang awam serta memastikan pemilik premis sentiasa mengenakan pelitup muka semasa berniaga. – EDISI UKAS

Share
0

add comment