Penduduk Daerah Tatau Mula Terima Vaksin Secara ‘Walk In’ Di PPV Dewan Sukan Tatau

RABU, 22 JULAI 2021

TATAU: Dalam usaha memastikan Imuniti Kelompok dapat dicapai pada Ogos ini, kerajaan telah melaksanakan pengambilan suntikan vaksin COVID-19 secara ‘walk in’ di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sarawak. 

Di Daerah Tatau, PPV Dewan Sukan Tatau telah mula menerima orang ramai yang datang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Seramai 27 orang penduduk hadir di PPV Dewan Sukan Tatau bagi mendapatkan suntikan vaksin dos pertama pada Rabu. 

Proses vaksinasi berjalan lancar dengan setiap penerima vaksin perlu melalui pelbagai langkah seperti mana mereka yang hadir menerusi temu janji. -EDISI UKAS

Share
0

add comment