Penduduk Jalani PKPD Di Kampung Emperoh Garung Lengkap Divaksinasi Dos Kedua

KHAMIS, 22 JULAI 2021

PADAWAN : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Braang Bayur telah melengkapkan pemberian vaksin COVID-19 dos kedua kepada 93 penduduk di Kampung Emperoh Garung yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia berjaya dilaksanakan setelah pihak PPV Klinik berkenaan mengadakan Mobile OutReach, bermula  jam 1.00 petang sehingga 4.00 petang, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Emperoh Garung, pada Rabu.

Terdahulu pada sebelah pagi di Klinik Kesihatan Braang Bayur, pemberian vaksin dos kedua juga telah dilaksanakan kepada 139 penduduk Kampung Emperoh Garung yang tidak berada di dalam kawasan PKPD.

Secara keseluruhannya jumlah penerima vaksin dos kedua adalah 232 orang.

Pelaksanaan PKPD di Kampung Garung telah berkuatkuasa mulai 18 Julai hingga 31 Julai 2021. -EDISI UKAS

Share
0

add comment