Penduduk Kampung Bintawa Hilir Jalani PKPD, Akur Arahan Pihak Berkuasa Dan Kerajaan

RABU, 21 JULAI 2021

KUCHING : Kira-kira 3,614 penduduk melibatkan 537 buah rumah di Kampung Bintawa Hilir telah menjalani Perintah Kawalan Pegerakkan Diperketatkan (PKPD).

Tinjauan UKAS di hari pertama pelaksanaannya pada Rabu mendapati, proses sanitasi di sekitar kawasan masjid sedang rancak dijalankan oleh pihak Bomba.

Selain itu, sempadan kampung juga dikawal ketat oleh pihak Polis dan RELA dengan kerjasama dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengekang kemasukkan orang luar ke kampung tersebut.

Secara kesuruhannya, semua penduduk akur dengan arahan dan ketetapan yang diputuskan kerajaan dan semuanya memberi kerjasama baik terhadap petugas barisan hadapan yang mengawalselia keadaan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment