Penerima Kategori Tercicir Di DUN Mambong Sebelum Ini Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 22 JULAI 2021

SIBURAN : Seramai 15 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang tercicir dari senarai sebelum ini telah menerima bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang.

Bantuan disampaikan oleh Pejabat Daerah Kecil Siburan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil kepada wakil komuniti Taman Segu, Robert Bong, bertempat di Kampung Prutan, pada Khamis. 

Robert, meluahkan rasa senang hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, ADUN Mambong dan semua pihak yang bertanggungjawab atas bantuan yang diberikan yang mana mengurangkan sedikit tekanan penduduk yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. -EDISI UKAS

Share
0

add comment