Perkhidmatan Bank Bergerak Agro Bank Di Pejabat Daerah Kecil Padawan Dilanjutkan Sehingga 31 Julai Ini

KHAMIS, 22 JULAI 2021

PADAWAN: Agro Bank Berhad meneruskan perkhimatan bank bergerak di Pejabat Daerah Kecil Padawan sehingga hujung Julai ini.

Perkhidmatan ini diteruskan bagi menyediakan kemudahan perbankan di daerah ini yang merupakan kawasan luar bandar serta jarak untuk ke pusat bandar agak jauh untuk urusan perbankan.

Dalam tempoh minggu pertama perkhidmatan bank bergerak ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari penduduk di daerah ini.

Bagaimanapun, hanya perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sahaja yang disediakan bagi tempoh sehingga hujun bulan ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment