Pesara PBB, Salhah Zuhaini Terima Sumbangan Pusat Khidmat DUN Pantai Damai

KHAMIS, 22 JULAI 2021

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melalui Pusat Khidmat DUN Pantai Damai telah menyumbangkan sebuah ‘walking frame’ dan bekalan makanan kepada seorang pesara Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Salhah Zuhaini pada Rabu.

Pesara yang berusia 78 tahun itu telah menghidap penyakit lemah tulang yang menyukarkan beliau untuk bergerak.

Difahamkan, beliau kini tinggal bersama dua adiknya dan hanya bergantung dengan pendapatan sampingan membantu sebuah katerar di kampung.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dan bersyukur atas keprihatinan semua pihak terhadap dirinya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment