Petugas Di PPV UNIMAS Terima Sumbangan Program Peladang Prihatin Sarawak

RABU, 21 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Para petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UNIMAS telah menerima sumbangan makanan berupa hasil tani bersempena Program Peladang Prihatin Sarawak, pada Rabu.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dalam satu majlis ringkas di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra UNIMAS.

Menurut Rubiah, sumbangan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjayakan program pemberian vaksin di PPV berkenaan, sekaligus membantu petani yang mempunyai kesukaran untuk menjual hasil pertanian sepanjang pandemik COVID-19.

Hadir sama, Pegawai Daerah Samarahan,Anuar Da’an dan Naib Kaunselor UNIMAS,Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment