PPV UNIMAS Tetap Beroperasi Meskipun Cuti Umum

KHAMIS, 22 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tetap beroperasi meskipun cuti umum bagi sambutan Hari Sarawak pada Khamis.

Hasil tinjauan sumber mendapati, para petugas PPV berkenaan masing-masing menyarung baju tradisional kaum di Sarawak.

Ini sekaligus menunjukkan semangat patriotisme serta keharmonian masyarakat di negeri ini.

Para petugas PPV tersebut juga memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu memastikan operasi vaksinasi berjalan lancar. -EDISI UKAS

Share
0

add comment