Sasaran Percepat Proses Vaksinasi Di Debak Tercapai

KHAMIS, 22 JULAI 2021

DEBAK: Misi untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk kampung di daerah Debak mencapai sasaran hasil usaha proaktif semua pihak.

Ia dijelaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam baru-baru ini sambil menyeru mana-mana penduduk yang belum menerima vaksin untuk mendaftar segera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

Dalam pada itu, seramai 1500 lagi penduduk dari Daerah Kecil Debak menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac pada Sabtu lepas.

Beberapa penerima yang sempat ditemui UKAS menasihati orang ramai agar tidak termakan dengan anasir negatif terhadap vaksin yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan selama ini.

Malah mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Sarawak kerana sentiasa proaktif dalam memastikan vaksin ini dapat disalurkan kepada seluruh pelusuk negeri ini. – EDISI UKAS

Share
0

add comment