Seramai 1,400 Individu Divaksinasi Melalui Kaedah Hibrid Di PPV Serian

KHAMIS, 22 JULAI 2021

SERIAN: Seramai 1,400 individu hadir untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Serian melalui kaedah hibrid, pada Khamis. 

Proses vaksinasi telah bermula seawal jam 8 pagi melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Tangga Mawang dan Kampung Ampungan.

Difahamkan, PPV berkenaan buat masa ini tidak menerima pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kerana dikhuatiri menambahkan kesesakan.

Namun begitu, sebarang perubahan akan dimaklumkan selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam temubual ringkas, Timbalan Pengerusi CITF Bahagian Serian, Dr Edmund Shin Chin Vui, memaklumkan buat masa ini pihaknya masih belum dapat menerima pemberian vaksin secara “walk-in” kerana dikhuatiri menambahkan kesesakan di PPV.

“Kita akan maklumkan selepas mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian dalam masa terdekat”, ujarnya lagi.

Hasil tinjauan UKAS mendapati, para penerima hadir mengikut masa temujanji yang ditetapkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Perjalanan proses vaksinasi juga dilaksanakan dalam keadaan baik dengan bantuan sukarelawan MyVac bersama Kelab Sukan dan Rekreasi DUN Bukit Semuja (BUSEREC). -EDISI UKAS

Share
0

add comment