Seramai 3214 Individu Lengkap Divaksinasi Di Kawasan DUN Gedong

KHAMIS, 22 JULAI 2021

GEDONG : Seramai 520 penduduk Kampung Gedong telah lengkap menerima dos kedua vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada hari terakhir Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gedong, pada Rabu.

Tinjauan UKAS menyaksikan jelas  terpampang kegembiraan dan keterujaan para penerima vaksin yang telah selesai divaksinasi sekaligus berterima kasih atas inisiatif Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan itu.

Program yang telah diadakan dengan jayanya sejak 14 Julai 2021 itu merekodkan jumlah keseluruhan yang lengkap menerima vaksin bagi kawasan tersebut berjumlah 3214 orang.

Turut sama membantu dalam menjayakan program tersebut, Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). -EDISI UKAS

Share
0

add comment