Seramai 546 Lagi Individu Tampil Terima Vaksin Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau

KHAMIS, 22 JULAI 2021

BAU : Seramai 546 lagi individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas mendapat janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau, pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut seramai 538 orang adalah penerima dos suntikan pertama, manakala lapan orang lagi melengkapkan dos suntikan kedua.

Rata-rata penerima terdiri daripada golongan lingkungan umur 18 tahun dan keatas.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5 petang itu berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment