199 Penduduk Long Tuma Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua

JUMAAT, 23 JULAI 2021

LONG TUMA: Seawal jam 8.00 pagi, penduduk di Long Tuma yang mempunyai temu janji terima vaksin COVID-19 mula hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Long Tuma pada Jumaat. 

Seramai 199 penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua jenis Sinovac berdasarkan jadual dan makluman diberikan kepada penerima  yang sedia maklum sebelum ini.

Program vaksinasi berjalan dengan baik dan lancar serta telah selesai lebih awal daripada jangkaan dengan kesemua penerima hadir mengikut masa yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment