32 Ahli MDB Dilantik Semula Jawatan Sedia Ada Berkuatkuasa Sehingga 30 Jun 2022

JUMAAT, 23 JULAI 2021

BAU: Seramai 32 Ahli Majlis Daerah Bau (MDB) telah mengangkat sumpah pelantikan semula jawatan sedia ada berkuatkuasa 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022.

Upacara Angkat Sumpah Pelantikan telah diadakan di Dewan Mesyuarat MDB dan secara maya menggunakan applikasi zoom, melibatkan seluruh agensi dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, pada Jumaat.

Antara yang dilantik semula adalah termasuk Pegawai Daerah Bau sebagai Pengerusi, Anielia Siam dan Timbalan Pengerusi, William Ding.

Manakala ahli-ahli majlis adalah Wejok Tomik, Paul Nohan, Marhtdaria Michael Regid, Angnes Jonep, Obeng Nait, Rised Aboy, Voon Jong Fui, Voon Vy Sen, Dohek Nyogem, Nody Marin, Haironi Leh, Poni Tayon, Atet Lekeng, Chin Siaw Yien, Dorin Dobin, Dilon Kuron Mejoh, Dominic Ritay, Gidy Ruji, Gray Joing, Jossem Daweg, Liew Yu Peng, Prem Notes, Patric Jebeng, Riseng Ngirai, Rod @Julin San, Sarema Putri Ismail, Voon Ngat Jan, Wilta Ujah, Yousli Mihos dan Nyudien Ngayop.

Pelantikan semula tersebut adalah keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan peruntukkan seksyen 14(6) Local Authorities Ordinance, 1996[Cap.20]. -EDISI UKAS

Share
0

add comment