ADUN Machan Sumbang Kerusi Roda Kepada OKU

JUMAAT, 23 JULAI 2021

KANOWIT: Prihatin dengan nasib seorang orang kelainan upaya (OKU), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban.

Bantuan berupa kerusi roda itu disumbangkan kepada Mohammad Kiflee Mat Zaini, 53 tahun, yang tinggal di Rumah Jilin Briak Kanowit.

Ia disampaikan oleh Wanita PBB Cawangan DUN Machan bagi mewakili Allan bertempat di kediaman Mohammad Kiflee pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban serta memudahkan urusan harian penerimanya yang kehilangan kedua belah kakinya. – EDISI UKAS

Share
0

add comment