ADUN Pakan Tinjau Projek RTP Rumah Minang, Pakan

JUMAAT, 23 JULAI 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom telah melakukan tinjauan ke tapak projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di daerah Pakan pada Khamis.

Beliau bersama pegawai dari Jabatan Saliran dan Pengairan Bahagian Sarikei meninjau tapak dan menyerahkan projek RTP jalan konkrit Rumah Minang, Batu 2 Pakan.

Simbolik penyerahan projek bernilai RM100,000 itu kepada kontraktor pelaksana turut dihadiri Tuai Rumah Minang.

Dalam pada itu, Tan Sri William Mawan berharap siapnya projek akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk di rumah panjang tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment