Bantuan Tersedia Kepada Penduduk Jalani Kuarantin Di DUN Satok

JUMAAT, 23 JULAI 2021

KUCHING : Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg melalui Pusat Khidmat DUN Satok telah menyumbang barangan keperluan asas kepada beberapa keluarga yang menjalani kuarantin di kawasan itu.

Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok, Dato Ibrahim Baki, mewakili Datuk Patinggi Abang Zohari, pada Jumaat.

Difahamkan, bantuan akan sentiasa disediakan kepada individu mahupun ahli keluarga yang diarahkan kuarantin di kawasan Satok bagi mengurangkan tekanan dan bebanan sepanjang tempoh duduk di rumah. – EDISI UKAS

Share
0

add comment