Hampir 2,000 KIR Di Pulau Bruit Telah Menerima Bakul Makanan PEMULIH

JUMAAT, 23 JULAI 2021

PULAU BRUIT: Hampir 2,000 ketua isi rumah (KIR) kawasan Pulau Bruit dalam Parlimen Tanjong Manis telah menerima Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemilihan Ekonomi(Pemulih).

Proses agihan bermula Khamis melibatkan penduduk kawasan Pulau Bruit di Kampung Bruit,Tekajong, Penipah, Betanak, Penibong, Salah Kecil, Penuai, Kampung Kut, Saai, Semop, Bekakong, Sedi dan Sebako.

Kerja-kerja pengagihan turut disertai Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Kesempatan itu dimanfaatkan beliau untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan.

Beliau juga berharap orang ramai sentiasa menyemak pendaftaran dalam sistem MySejahtera dan segera pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) jika belum menerima suntikan vaksin COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment