JBPM Zon 6 Miri Sumbang Alat Pemadam Api Kepada OKU

JUMAAT, 23 JULAI 2021

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri telah menyumbang seunit alat pemandam api jenis 6kg serbuk kering kepada Chin Phin Kian yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di kediamannya di Jalan Taman Delight 1B, Miri pada Khamis. 

Ketua Zon 6 Penguasa Bomba Kanan 1 Law Poh Kiong telah menyerahkan alat pemadam api kepada Chin dan disaksikan Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong Wan Joon yang turut menyumbang pelitup muka dan bahan sanitasi pencuci tangan. 

Pada lawatan lepas Law telah berjanji menyumbang seunit pemadam api kepada Chin bagi mencegah dan mengawal kebakaran.

Semasa penyerahan itu, Chin telah diajar tatacara penggunaan alatan pemadam api dengan cara yang betul jika menghadapi kecemasan kebakaran.

Chin sebagai seorang OKU menghadapi saat kehilangan kaki  dan kekurangan anggota badan tetapi masih tenang menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan. 

Dalam menyara hidup, beliau menanam sayur sebagai pendapatan untuk menyara keluarganya.

Jelas Law lagi kepercayaan dan semangatnya adalah untuk mendorong orang yang mempunyai takdir yang sama untuk tidak mudah berputus asa dan menjadi model pembelajaran sosial.

“Semangatnya yang kuat patut dipelajari untuk anggota Bomba. 

“Jangan berputus asa dalam segala hal, tidak mempunyai semangat bergantung dan bersikap memperbaiki diri dan berdisiplin untuk menghadapi kemunduran,” jelasnya. 

Chin turut berterima kasih kepada Law dan NSJA yang sudi datang melawat dan memberi alat pemadam api kepadanya untuk tujuan pencegahan kebakaran api. -EDISI UKAS

Share
0

add comment