JPBD Marudi Serah Bantuan Makanan Kepada Penduduk Terjejas Banjir

JUMAAT, 23 JULAI 2021

MARUDI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi telah melakukan penghantaran bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

Sebanyak 335 bungkus makanan telah diagihkan di rumah Ketua Kampung Abdullah Piee pada Jumaat. 

Ini merupakan kali kedua banjir melanda kawasan Marudi pada 16 hingga 20 Julai 2021 dalam tempoh dua bulan yang memberi kesan mendalam kepada penduduk selain penularan wabak pandemik COVID-19. 

Antara kampung dan rumah panjang yang menerima bantuan makanan ialah Rh Ubie, Kampung Kuala Ridan 24 bungkus, Lubuk Tapang 4 bungkus, Rumah-rumah di Jalan Feri Ridan 18 bungkus, Lubok Nibong Pasar Lama 13 bungkus, Lubok Nibong penempatan Masyarakat Cina 46 bungkus, Kampung Narum 160 bungkus, Kampung Padang Kerbau 70 bungkus dan Kampung Dagang Marudi 138 bungkus. 

Penghantaran bantuan makanan sangat diperlukan memandangkan punca pendapatan mereka terjejas kerana tidak dapat melakukan aktiviti dan pekerjaan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment