Masjid Al Hakim Patuh SOP

JUMAAT, 23 JULAI 2021

KUCHING: Tinjauan UKAS di Masjid Al Hakim, Kampung Muda Hashim pada Jumaat mendapati pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dilihat menjalankan tugas dengan tegas dalam memastikan setiap jemaah yang hadir mengikut setiap arahan yang ditetapkan.

Selain itu, nombor kedudukan juga diberikan kepada setiap jemaah di pintu masuk masjid untuk memastikan kapasiti tidak melebihi daripada jumlah yang dibenarkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga melaksanakan kawalan lalulintas di kawasan masjid tersebut bagi mengelak kesesakan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment