Masjid An Najah Menitikberatkan Kebersihan, Pematuhan SOP Ditekankan

JUMAAT, 23 JULAI 2021

ASAJAYA : Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) solat Jumaat di Masjid An Najah pada Khamis dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan yang ditetapkan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.

Jumlah kehadiran jemaah tidak melebihi 150 orang dan penjarakan sosial juga terjaga.

Dimaklumkan, pihak Jawatankuasa Masjid sentiasa melakukan sanitasi dan menitikberatkan kebersihan masjid sebelum menerima kunjungan jemaah.

Selain itu, setiap jemaah juga akan dihubungi terlebih dahulu menerusi senarai pengisian di Google Form, bagi tujuan pengesahan kehadiran disamping memberikan peringatan peraturan sebelum hadir ke masjid. -EDISI UKAS

Share
0

add comment