Petugas PPV Hospital Umum Sarawak Terima Sumbangan Hasil Tani

JUMAAT, 23 JULAI 2021

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak telah memberikan sumbangan berupa hasil tani kepada para petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Umum Sarawak dalam Majlis Peladang Prihatin pada Jumaat.

Pemberian sumbangan sebanyak 120 paket tersebut telah diserahkan secara simbolik oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Beliau berkata, sumbangan itu diberi kepada para petugas barisan hadapan di PPV tersebut sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berkerja keras memerangi pandemik COVID-19 pada ketika ini.

“Terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana telah menyumbangkan sebanyak 120 bungkus sumbangan makanan melalui Program Peladang Prihatin.

“PPK telah membeli produk petani tempatan dan diagihkan kepada kepada petugas barisan hadapan diberikan kepada para petugas barisan hadapan di PPV Hospital Umum Sarawak ini.

“Di Sarawak kita amat bertuah kerana Jabatan Pertanian juga melakukan usaha mereka untuk menyokong petani membeli semua ini dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis tersebut.

Para petugas barisan hadapan di PPV tersebut yang terdiri daripada petugas dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Persatuan Bulan Sabit dan Hospital Umum Sarawak menerima sumbangan hasil tani berupa peria, cili, nanas dan tembikai.-EDISI UKAS

Share
0

add comment