Petugas Sukarelawan PKPD Terima Sumbangan Petrol Dan Diesel

KHAMIS, 22 JULAI 2021

PADAWAN : Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Seratau, semestinya pelbagai bantuan akan dihantar bagi membantu penduduk yang terkesan.

Namun demikian, petugas sukarelawan yang membantu melancarkan proses penghantaran bantuan juga tidak terkecuali menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil.  

Beliau melalui Pejabat Daerah Kecil Padawan telah menyumbang bantuan minyak Petrol dan Diesel kepada para petugas, bagi meringankan bebanan mereka yang sebelum ini mengunakan kenderaan sendiri untuk proses penghantaran bantuan. 

Sumbangan minyak itu diserahkan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott yang mewakili Datuk Dr Jerip kepada wakil petugas, bertempat di Sekatan Jalan Raya (SJR) PKPD Kampung Seratau, pada Khamis. -EDISI UKAS 

Share
0

add comment