JUMAAT, 23 JULAI 2021
BEKENU: Selain keperluan makanan, bantuan seperti susu bayi dan lampin pakai buang turut diberikan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kepada penduduk yang memerlukan terutama mereka yang mempunyai bayi dan anak kecil.
Program Ziarah UKAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menyantuni penerima yang benar-benar memerlukan bantuan susu dan lampin pakai buang untuk anak-anak mereka.
Dalam program ini juga Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti turut memberi sumbangan yang sama berupa susu bayi dan lampin pakai buang sebagai tanda sokongan kepada Program Ziarah UKAS agar lebih ramai penerima yang dapat merasai sumbangan daripada agensi Kerajaan Sarawak ini.
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus telah menyerahkan sumbangan susu bayi dan lampin pakai buang dalam Program Ziarah UKAS di Pusat Aktiviti Belia Sibuti pada Jumaat.
Seramai 9 orang penerima hadir dan menerima sumbangan susu bayi dan lampin pakai buang sebagai simbolik dengan jumlah sebenar menerima ialah 32 orang sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 ini.
Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sharkawi Suhaili dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis Dr James Jam Jolly. -EDISI UKAS