Seramai 30,329 Individu Lengkap Dos Kedua Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau

JUMAAT, 23 JULAI 2021

BAU : Seramai 973 individu lagi telah berjaya melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau, pada Jumaat.

Angka tersebut menjadikan jumlah yang berjaya melengkapkan dos suntikan kedua vaksin adalah seramai 30,329 orang.

Manakala, seramai 83 lagi individu menerima dos suntikan pertama. 

Program bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang, dan rata-rata penerima vaksin jenis Sinovac itu terdiri daripada golongan lingkungan umur 18 tahun dan keatas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment