Simoi Santuni Warga Emas Di Simanggang

KHAMIS, 22 JULAI 2021

SRI AMAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkesempatan menyantuni empat warga emas di Kampung Hilir, Simanggang menerusi Program DUN Lingga Prihatin, pada Khamis.

Kebanyakan warga emas yang dilawati beliau mengalami sakit lutut, angin ahmar, sakit tua dan sakit kaki.

Simoi dalam pada itu memberi sedikit sumbangan peribadi beliau kepada warga emas tersebut disamping mendoakan kesembuhan buat semua dan berharap segala urusan dipermudahkan. 

Hadir sama ke program tersebut ialah Ketua Pergerakan Wanita PBB DUN Lingga berserta Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita dan Pemuda Cawangan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment