Simoi Sempurnakan Pemberian Sumbangan Buat Petugas PPV Daerah Kecil Lingga

JUMAAT, 23 JULAI 2021

LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah menyempurnakan pemberian sumbangan daripada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kecil Lingga, pada Jumaat.

Sebanyak 10 pek bekalan makanan berupa buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran di serahkan kepada wakil petugas, Dr Mohammad Haziq Hamidin dari Klinik Kesihatan Lingga yang merupakan Penyelaras PPV berkenaan.

Menurut Simoi, ia merupakan salah satu aktiviti dibawah komponen Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sedia ada, yang mana untuk mempromosikan hasil produk tempatan, sekaligus mempergiatkan lagi pemasaran PPK.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sri Aman,Mohammad Hamizan Yahya, Penolong Pegawai Pertanian Daerah,Jabu Saging, Pengurus Besar PPK Batang Lupar,Azrul Francis, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman,Maxmilan Darren serta Penolong Pegawai Pertanian Menguasa Daerah Kecil Lingga,Patrusia Ellen. -EDISI UKAS

Share
0

add comment