Tidak Perlu Kibar Bendera Putih, Terus Maklumkan Kepada Wakil Rakyat Dan Agensi Kerajaan Untuk Dapatkan Bantuan

JUMAAT, 23 JULAI 2021

BEKENU: Orang ramai tidak perlu mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan, sebaliknya maklumkan terus kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan. 

Perkara ini ditegaskan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dalam Program Ziarah UKAS yang diadakan di perkarangan Surau Medan Niaga Bekenu pada Jumaat. 

Pada program itu, Datuk Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu telah melakukan serahan bantuan makanan kepada 5 orang penerima Saudara Kita dari Kampung Rambai dan Kampung Jenggalas. 

Seramai 105 orang Saudara Kita dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu telah menerima bantuan makanan tersebut. 

Selain makanan, mereka turut menerima bantuan perubatan seperti pembersih tangan dan pelitup muka sebagai langkah mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. 

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sharkawi Suhaili, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis Dr James Jam Jolly dan Pengerusi Urusetia Saudara Kita Cawangan Bekenu Siti Aesah Abdullah. -EDISI UKAS

Share
0

add comment