209 Lagi Penduduk Divaksinasi Di PPV Lingga

SABTU, 24 JULAI 2021

LINGGA: Sebanyak 209 penduduk sekitar Lingga dan Seduku telah divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lingga, pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, 15 orang merupakan penerima dos pertama setelah tamat kuarantin, manakala selebihnya lengkap dos kedua.

Proses pemvaksinan yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang itu berjalan dengan lancar sekaligus menggumpul senarai penerima yang namanya tercicir untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sebelum ini.

PPV Lingga yang diselia oleh Dr. Mohammad Haziq Hamidin tersebut mempunyai sebanyak 50 petugas yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman, Klinik Kesihatan Lingga, Sukarelawan MyVac, APM, RELA, Polis, Pejabat Daerah Kecil Lingga serta Ketua Masyarakat Kampung Lingga. -EDISI UKAS

Share
0

add comment