2,500 Bungkus Bantuan Bakul Makanan Program PEMULIH Telah Diagih Kepada KIR Kawasan Pulau Bruit

SABTU, 24 JULAI 2021

TANJONG MANIS: Sebanyak 2,500 bungkus bakul makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) kawasan Pulau Bruit dalam Parlimen Tanjong Manis di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemilihan Ekonomi (PEMULIH).

Bantuan bakul makanan itu membabitkan penerima di Kampung Belawai, Kampung Rajang, Kampung Jerijih, Semalau dan Tanjong Manis.

Penyerahan telah dilakukan oleh Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis kepada ketua kaum-ketua kaum dan masyarakat di setiap kampung untuk diagihkan kepada semua KIR di kawasan masing-masing pada Jumaat.

Sementara itu, walaupun tidak dapat bersama semasa penyerahan sumbangan tersebut, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab terus menasihatkan orang ramai untuk tidak leka dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Yusuf turut mengingatkan individu yang layak dan belum menerima suntikan vaksin untuk segera pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan mereka.-EDISI UKAS

Share
0

add comment