30 Ahli MDS Angkat Sumpah Pelantikan, Kuatkuasa Sehingga 30 Jun 2022

SABTU, 24 JULAI 2021

SERIAN : Seramai 30 Ahli Majlis Daerah Serian (MDS) telah mengangkat sumpah pelantikan jawatan yang berkuatkuasa 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022, pada Jumaat.

Upacara Angkat Sumpah Pelantikan telah berlangsung di Roxy Hotel Serian dan diadakan serentak secara maya (zoom) bersama 24 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sarawak, disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipatuhi sepenuhnya. 

Turut serta, Pengerusi Majlis Daerah Serian,Lim Hock Meng, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada dan Setiausaha Majlis Daerah Serian,Constantine Gerald David Jonas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment