32 Ahli Majlis Daerah Lundu Angkat Sumpah Secara Maya

SABTU, 24 JULAI 2021

LUNDU: Seramai 32 Ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) mengangkat sumpah secara maya dengan disaksikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di sini pada Jumaat.

Majlis turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian.

Antara yang dilantik semula ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab.

Pelantikan semula tersebut adalah keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan peruntukkan Seksyen 14(6) Local Authorities Ordinance, 1996 yang berkuatkuasa dari 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022.

Dalam pada itu, Datuk Amar Jamilah berharap, semua Ahli Majlis akan sentiasa memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri dan Kerajaan yang sedia ada sekarang agar pembangunan di kawasan dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment