SABTU, 24 JULAI 2021
TEBEDU: Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyerahkan 36 cek bagi projek kecil luar bandar (MRP) di Kampung Pichin pada Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu telah menyerahkan cek yang berjumlah keseluruhan RM478,000 kepada para penerima dari konstituensi berkenaan.
Antara yang menerima ialah pihak gereja, persatuan, pertubuhan, kelab, JKKK dan PIBG sekolah rendah dan menengah di kawasan tersebut.
Penyerahan cek itu merupakan siri pertama dan siri kedua akan dimaklumkan kelak.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada, Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw dan tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS