406 Penduduk Daerah Tebedu Telah Divaksinasi

SABTU, 24 JULAI 2021

TEBEDU : Seramai 406 penduduk di Daerah Tebedu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu, pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, seramai 86 individu menerima dos pertama manakala seramai 320 individu pula lengkap menerima dos kedua.

Rata-rata penerima adalah merangkumi penduduk Kampung Plaman Dunuk, Kampung Mentu Pondok, Kampung Sungan dan kakitangan SALCRA Tebedu.

Keseluruhan proses pemberian vaksin di PPV tersebut berjalan lancar dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment